PENGENALAN 

Islam ialah satu cara hidup yang sempurna syariatnya dan lengkap pula tatacara pengamalannya. Setelah memahami dengan jelas rukun-rukun Iman dan Islam, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya, umat Islam dituntut pula menjelmakan segala ilmu yang diketahui itu ke dalam beberapa amalan atau perlakuan yang ditetapkan oleh syariat kita.

Bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting dalam kehidupan sesorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat. Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci da membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat ia mengerjakan ibadat dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.

No comments:

Post a Comment